Monday, November 23, 2009

BAHAGIAN LUAR RUMAH




Keadaan bahagian luar rumah yang diberi sentuhan ringkas

LAIN- LAIN KEMASAN BAHAGIAN DEPAN RUMAH




Untuk melengkapkan konsep taman tropika ini kami tambah dgn binaan bumbung poly jernih binaan kayu di bahagian hadapan rumah. Pintu utama yang digunakan adalah jenis kayu meranti.

LALUAN PENGHUBUNG ANTARA DUA RUMAH




Ini lah kaedah yang digunakan untuk menghubungkan antara dua rumah. Keseluruhan binaan menggunakan kayu meranti

TAMAN MINI BAHAGIAN BELAKANG RUNAH




Bahagian belakang rumah juga tidak ketinggalan dgn binaan taman mini yang dibina bersebelahan bilik tidur dibahagian bawah. Jenis kayu digunakan adalah jenis meranti. Pemilihan kayu meranti ini dibuat disebabkan bahagian tersebut kurang terdedah kepada air hujan kerana saya telah membina bumbung jernih untuk kawasan taman tersebut

KOLAM IKAN KONSEP TROPIKA




Bersesuaian dengan kehendak tuan rumah yang berminat dgn konsep tropika saya cuba gabungkan keseluruhan elemen tersebut dalam kolam ikan mini ini. Ambing tersebut saya menggunakan kayu meranti dan keseluruhan kolam ikan menggunakan kemasan shanghai plaster. Sistem penapisan adalah dibina sebelah hujung kolam menggunakan 2 pump saiz sederhana.

DEKORASI HALAMAN RUMAH


Untuk mengujudkan suasana harmoni air terjun buatan mini ini di letakkan di penjuru laman

DEKORASI HALAMAN RUMAH


Rumah burung yang saya letakan di sudut laman

SENTUHAN KAYU CENGAL PADA PAGAR

Keseluruhan binaan pagar hadapan ini adalah menggunakan kayu cengal

Thursday, August 6, 2009

Bunga-bungaan untuk taman

Bunga-bungaan untuk taman

Pokok orked yang bunganya tahan lama dan sesuai untuk mereka yang malas nak menyiram pokok

Bunga-bungaan untuk taman

Ini juga sejenis orkid liar yang saya ambil dari kawasan belukar.. tapi agak susah untuk menjaganya

Bunga-bungaan untuk taman


Saya pun tak tahu namanya ..Saya dapat pokok ini di kawasan belukar...mungkin sejenis orkid

Bunga-bungaan untuk taman

Pokok melor ..... baunya dah tentu wangi tapi memerlukan kawasan yang luas sebab ia akan terus membesar dan sedikit menjalar

Bunga-bungaan untuk taman

Pokok bunga raya ..... jenis warna ivory

Bunga-bungaan untuk taman


Bunganya cantik.... tapi bukan sejenis pokok bunga tapi pokok apa cuba teka....?

Bunga-bungaan untuk taman

Pokoknya agak besar, berduri tapi bunganya tak tahan lama

Bunga-bungaan untuk taman


Sejenis spesis kaktus ...berduri tapi pokoknya tak lah tinggi sangat dan mudah dijaga sebab tak perlu selalu siram

Bunga-bungaan untuk taman


Pokok bunga kertas.... pokok yang berbunga tak tau musim

Bunga-bungaan untuk taman

Pokok Sedap Malam..Baunya sangat harum . kat rumah saya banyak saya tanam, mudah di jaga dan membiak.

Bunga-bungaan untuk taman

Bunga raya putih ini adalah salah satu spesis bunga raya yang cantik untuk di taman di kawasan rumah yang mempunyai ruang taman yang agak besar, sebab pokoknya pun boleh tahan besar.

Sawah padi di perlis

Keadaan sawah padi yang baru di ambil padinya

Rumah kampung - Perlis


Rumah ini saya ambil di Perlis.

Rumah melayu - Langkawi

Rumah melayu yang unik penuh dengan ciri-ciri kehalusan tangan pembinanya

Bahagian bawah rumah lama - Langkawi

Rumah di Langkawi

Gambar rumah contoh yang saya ambil di Langkawi. Rumah yang di bina tanpa menggunakan paku

Rak barang hiasan


Rak dari kayu pine di cat putih dan digandingkan bersebelahan fire place juga putih. Rak buku dan meja kecil disebelah yang dicat warna putih juga saya buat dari kayu pine. Warna putih juga membuatkan rumah menjadi agak lapang dan tenang

Meja kecil di dapur

Meja ini asalnya dibuat dari kayu pine palet. Di bahagi kan kepada dua bahagian yang berpintu dan yang terbuka. Meja ini di cat warna putih untuk menimbulkan suasana Inggeris

Kabinet dapur kayu palet pine


Kabinet ini sayu buat menggunakan kayu palet pine. Ukiran-ukiran yang dibuat agak banyak.

Rak buku dari kayu palet pine


Rak buku ini saya buat menggunakan kayu palet pine. Di buat dengan tambahan ukiran-ukiran ringkas. Saya biarkan dalam keadaan warna asal untuk menyelahkan urat-urat kayunya yang agak menarik.

Rak tempat letak bunga dari kayu balau

Rak tempat letak bunga di dinding ini saya buat menggunakan kayu balau yang tahan air. Sesuai untuk meletakkan pokok-pokok yang melampai

Kerusi dan meja di kawasn taman

Kerusi dari kayu cengal ini saya gabungkan dengan meja kecil dari kayu nyatoh dan di letak kan di sudut tepi rumah bersebelahan dengan pintu. Rumah burung ini pula di cat dengan warna putih untuk memperlihatkannya dari jauh.

Meja dan rak taman


Meja taman dan rak untuk menyimpan peralatan perkebunan ini saya buat menggunakan kayu jenis meranti. Pembuatannya sengaja dibuat agak kasar untuk menyerlahkan lagi keujudannya

Taman mini konsep kayu cengal bagi kawasan kecil


Konsep taman mini ini saya buat bagi kawasan hadapan rumah yang agak terhad. Kayu cengal dan balau menjadi pilihan saya dalam pembuatan taman mini ini.